MESTI TENGOK! Kejadian Yang Menggemparkan Di Kota Bharu Pada Tahun Ini!!

Khas untuk pembaca blog InfoBerita93.blogspot.com


Orang ramai di Kota Bharu, Kelantan agak pelik apabila beberapa batang pokok kurma yang ditanam oleh pihak berkuasa tempatan tujuh tahun lalu kini berbuah lebat.


Menurut laporan laman Facebook Daily Traffic Report menyebut 37 pokok berkenaan ditanam Unit Landskap Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) sebagai tanaman hiasan untuk mengindahkan lagi bandar ini sejajar gelaran Bandaraya Islam.

Ia turut ditanam sebagai pokok hiasan untuk mengindahkan lagi bandar itu sejajar dengan gelaran Kota Bharu sebagai bandar serambi Mekah.

Terdapat satu lokasi yang paling mencuri perhatian adalah di Bulatan Jam Besar berikutan kedudukannya di tengah-tengah bandar menyebabkannya paling menonjol berbanding yang lain.

Menurut Setiausaha MPKB Rosnazli Amin berkata, pohon kurma dianggap tanaman hiasan yang paling sesuai berikutan cuaca di negeri ini.

Malah kerana keunikannya, pokok itu turut dijadikan tanaman hiasan oleh jabatan dan agensi lain yang beroperasi di sini.

Ia adalah sejenis pokok palma yang rimbun dengan daun yang lebat.Sejak tahun lalu pohon di Bulatan Jam Besar sudah mula berbuah.

“Namun kali ini, ia semakin lebat sekali gus mencuri tumpuan semua pihak.

“Akhir Ramadan ini buahnya dijangka masak dan boleh dipetik untuk dimakan,” katanya lagi .

Rosnazli turut berkata, daripada 37 pokok itu, 10 daripadanya sudah berbuah namun pihaknya melarang orang ramai memetiknya. 

Katanya, ia bagi memastikan pokok terbabit kekal terjaga. Namun begitu pihak MPKB tidak melarang mana-mana pihak yang mahu menikmati kurma yang sudah gugur.

Harap mereka tak petik di pokok, sebaliknya ambil yang sudah gugur di tanah.Pohon ini tujuannya untuk indahkan Kota Bharu,” katanya

Rakan Media